Kemaskini: 1 Mei 2020
Senarai bantuan Covid-19
Bantuan Kewangan Sempena Covid-19

GERAN KHAS PRIHATIN
berjumlah RM3,000 untuk usahawan PKS mikro (pengusaha pasar malam, penjaja dan lain-lain). Definisi PKS Mikro adalah ada perniagaan yang mempunyai jualan kurang dari RM300,000 setahun dan pekerja kurang dari 5 orang. (sumber: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_2.pdf )
Syarat
- Mana-mana syarikat mikro pks yang telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN sebelum 1 Januari 2020, anda layak untuk dapat bantuan ini.
- Kerajaan Malaysia juga akan mendapatkan senarai syarikat pks mikro daripada Pihak Berkuasa Tempatan PBT di seluruh Malaysia baik di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Perlis, Terengganu, Kelantan, Johor, Selangor, Perak, Pahang dan Kedah.
Cara Permohonan
- Perlu memohon di https://gkp.hasil.gov.my
SUBSIDI UPAH
Subsidi upah selama 3 bulan bagi pekerja bergaji RM4,000 kebawah.
- Bagi syarikat yang mempunyai 75 pekerja dan kebawah, subsidi yang dibenarkan adalah RM1,200 bagi setiap pekerja. Terhad kepada 75 orang pekerja.
- Bagi syarikat yang mempunyai 76 – 200 orang perkerja, subsidi yang dibenarkan adalah RM800 bagi setiap perkerja. Terhad kepada 200 orang pekerja.
- Bagi syarikat yang mempunyai lebih dari 200 orang pekerja, subsidi yang dibenarkan adalah RM600 bagi setiap pekerja. Terhad kepada 200 orang pekerja.
Syarat
- Bagi syarikat yang mempunyai lebih dari 75 orang pekerja, syarikat perlu mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% berbanding Januari 2020 atau bulan-bulan berikutnya. Syarikat yang mempunyai 75 orang pekerja dan kebawah, tidak perlu memenuhi syarat ini.
- Syarikat sudah mendaftar atau mencarum didalam PERKESO (SOCSO) atau Employment Insurance System (EIS) sebelum 1 April 2020.
- Perniagaan mestilah sudah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum dan sudah beroperasi sebelum 1 Januari 2020.
Cara Permohonan
- Perlu memohon di https://prihatin.perkeso.gov.my/
BSN MICRO KREDIT PRIHATIN
BSN Micro Kredit Prihatin ialah skim Pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang Perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
Jumlah bantuan sehingga RM75,000 untuk Modal Kerja dan pembelian aset. Tempoh pinjaman dari 1 tahun hingga 5.5 tahun termasuk moratorium bagi 6 bulan pertama keatas pembayaran ansuran bulanan. Dengan kadar faedah 0%.
Syarat
- Perniagaan dimiliki oleh warganegara Malaysia.
- Perniagaan berdaftar dengan SSM atau PBT.
- Perniagaan sudah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan
Cara Permohonan
- Isi borang
- Hubungi Eksekutif Pembiayaan terdekat
- Sediakan dokumen berikut –
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.
- Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi.
- Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini.
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.
SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN COVID RECOVERY BUSINESS – MIKRO (CBRM)
Skim pembiayaan mudah dari Tekun Nasional dengan jumlah bantuan sehingga RM10,000. Tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan dan tanpa faedah (Interest rate 0%)
Syarat
- Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
- Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
- Mempunyai lesen / permit PBT (lesen penjaja) / daftar perniagaan yang sah (SSM) atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
- Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
- Bebas daripada tindakan kebankrapan
- Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)
Cara Permohonan
- Isi borang
- Dokumen yang diperlukan
- Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN (JPP/BORANG/02)
- Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17)
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
- Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik /air / telefon)
SPECIAL RELIEF FACILITY (SRF)
Skim pembiayaan yang diuruskan oleh CGC bagi melegakan masalah kewangan jangka pendek. Jumlah pinjaman sehingga RM1.0 juta, moratorium selama 6 bulan, kadar keuntungan 3.5% setahun, jaminan 80% keatas jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran balik sehingga 5.5 tahun termasuk tempoh moratorium.
Cara Permohonan
- Isi borang
- Boleh juga memohon di bank syarikat masing-masing.
BIZMULA-I & BIZWANITA-I (CGC)
Pembiayaan sehingga RM300,000 bagi PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang dari 4 tahun.
Syarat
- Menepati definisi PKS oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) (untuk maklumat lanjut)
- Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51% pegangan saham) dan hendaklah menetap di Malaysia;
- Perniagaan telah didaftarkan dan/atau beroperasi kurang dari 4 tahun;
- Kakitangan utama/ pengganti hendaklah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 65 tahun semasa tarikh penyelesaian pembiayaan;
- Perniagaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau pihak berkuasa/ pejabat daerah di Sabah dan Sarawak; atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional;
- Pegangan saham oleh Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) dalam PKS tidak melebihi 20%.
Cara Permohonan
- Isi borang
Sebenarnya ada banyak lagi bantuan kewangan yang disediakan kerajaan, melalui agensi-agensi terbabit dan tidak berkaitan dengan pandemik Covid-19. Anda boleh berbincang dengan kami tentang keperluan kewangan anda.
Untuk bantuan penyediaan akaun syarikat, financial forecast dan khidmat nasihat berkaitan sila klik sini.