5 Geran Bisnes Untuk Memulakan dan Mengembangkan Perniagaan Anda
Kemaskini: 3 Jan 2020
Anda nak tahu 5 geran bisnes untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan anda? Pertama sekali anda perlu tahu geran bisnes adalah sejenis daripada program bantuan oleh kerajaan untuk merancakkan dan memperkasakan agenda pembangunan keusahawanan negara. Geran bisnes biasanya disasarkan kepada usahawan dan perniagaan SME untuk membantu mereka memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Lagi besar sesebuah perniagaan itu, lebih banyak kemakmuran yang dapat dijana melalui lebih banyak peluang pekerjaan, lebih banyak cukai korporat dan zakat dibayar dan banyak lagi kesan positif yang dijana oleh kerancakan ekonomi negara.
Jadi apakah geran bisnes yang ada dan dimana anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan setiap satu geran tersebut. Di bawah ini kami kongsikan sedikit maklumat mengenai 5 geran bisnes pilihan kami untuk rujukan anda:
1. SME Corp TUBE
Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan. Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Maklumat diperolehi dari laman web SME Corp TUBE, info lanjut boleh rujuk di link: https://tube.smecorp.gov.my/
2. Cradle Fund CIP300
CIP300 adalah satu program pre-komersialisasi yang menyediakan geran bisnes konditional dan bantuan tambah nilai sehingga RM300,000 untuk usahawan. Ianya bertujuan untuk meghidupkan/merangsang syarikat pemula (startups) teknologi yang inovatif untuk menambahbaik dan mengkomersialkan produk dan servis mereka. Maklumat diperolehi dari laman web Cradle Fund CIP300, info lanjut boleh rujuk di link: https://www.cradle.com.my/products/cip300/
3. Teraju SUPERB
SUPERB (Skim Permulaan Usahawan Bumiputera) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan dana sebanyak RM100 juta. Sehingga Januari 2018, sebanyak RM79.8 juta dana SUPERB telah diluluskan. Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun. Maklumat diperolehi dari laman web Teraju SUPERB, info lanjut boleh rujuk di link: http://www.teraju.gov.my/skim-usahawan-permulaan-bumiputera-2/
4. Platcom HIP2
HIP2 (High Impact Programme 2) adalah satu platform hujung ke hujung (end – to – end) inovasi dan fasilitasi komersial. Ia direka untuk membantu melancarkan proses inovasi untuk syarikat SME di Malaysia. Maklumat diperolehi dari laman web Platcom HIP2, info lanjut boleh rujuk di link: http://www.platcomventures.com/staging/HIP2-@-High_Impact_Programme_2.aspx
5. MDEC GTF
GTF (Global Tech Fund) menyasarkan syarikat scale-up teknologi tempatan yang telah bersedia untuk memasuki pasaran global ataupun membesarkan pasaran global mereka yang telah sedia ada, melalui inovasi teknologi dan proses komersialisasi produk/servis. Ia mencari syarikat tempatan yang berpotensi menjadi Unicorn selepas ini. Maklumat diperolehi dari laman web MDEC GTF, info lanjut boleh rujuk di link: https://mdec.my/digital-economy-initiatives/global-tech-fund-gtf/
Boleh dilihat memang banyak dana geran bisnes untuk membantu usahawan dan perniagaan bergerak kearah yang lebih maju dan sukses, kami mendoakan semoga anda semua sentiasa berjaya dalam perjalanan bisnes anda.
Klik link ini untuk terus Whatsapp kami: wasap.my/60143606546/Hi